look forward and never go back...leave the history than create a dream..

Tuesday, February 8, 2011

anakku

Assalamualaikum......
berjuta kesyukuran tak terhgga kehadrat Ilahi diatas kurniaanNya..
tanggal 03 feb 2011..aku bergelar bapa. Alhamdulillah aku dan Ina dihadiahkan tuhan seorang anak perempuan yg cukup sifatnya dan sgt comel rupa parasnya.

smp skrg aku msh tertanya..adakah aku bermimpi..tidakk..aku tk brmimpi..aku dah jadi abah..Ina pun dah jadi mama. tahniah diucapkan utk diri sendiri dan isteri..kalo ini mimpi biarlah kami lena tak terjaga..itulah gambaran kegembiraan kami..syukur alhamdulillah..

Ain Balqis..inilah nama yg kami berikan sejak bulan pertama dia wujud diperut ibunya..bermaksud "mata cantik puteri".. memang sesuai sgt dgnnye yg bermata cantik..siap ada bulu mata yg lentik lg..ikut mata mama dia yg cantik memikat hati aku sepuluh thn lepas diawal perkenalan kami..
beratnya 25.7kg ms dilahirkan jam 10.5 mlm di hospital temerloh..aku ada bersama semasa kelahirannya..seikhlasnya..aku tk cukup berani tgk macm mane diia keluar..alasan..tk th kenapa..tp aku tk berani..masa tu aku cuma tgk muka ina yg menanggung seribu keperitan..suasana bilik brsalin tu masih segar dalam kepala ni..susah nk gambar macm mane..nanti smp mase korang rasela sndiri..tak tau aku nk cerita mcm mane..tapi itula pengalaman aku plg berharga..aku tknak kongsi..hehe..

jam ni dah 5 hari usia Ain..smlm dia kene jaudice..admited di hospital bsr kuantan..kesian aku tgk dia..kritikal jugakla tahap suhunya..tp seme org kata jaudice ni perkara biasa pada bayi baru lahir..bolehla aku cuba bohong diri aku supaya tk jiwa kacau sgt..InsyaAllah tk lame dia kat wad tu..aku dah rindu gila nk tido ngan dia..dah 2 mlm tido sorg2..tu yg buat aku free nk update blog aku yg dah lame tkde entry ni..hehe

Semasa engkau dilahirkan

Kau pun sudah satu impian

Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa

Kebahagiaan mama & abah

Bila menangis dan juga tertawa

Saturday, January 8, 2011

unit trust

APA ITU DANA UNIT AMANAH / UNIT TRUST ?

Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.

BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.



Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.
Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.

UNIT AMANAH BERLANDASKAN SYARIAH

Di dalam sistem kewangan sekarang terdapat sistem kewangan konvensional & islamik. Di dalam pelaburan unit amanah berlandaskan syariah,syarikat pengurus dana akan melantik badan penasihat syariah bagi mengawal selia aset yg dilaburkan menepati apa yg dituntut syariat islam. Ini merangkumi ketidakterlibatan dgn unsur riba,judi,arak dan sebagainya.Pelabur bebas memilih dana konvensional atau islamik yg ditawarkan pengurus dana.

BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?

Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.

Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.

SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan, yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.
Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit). Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.



KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

1. Pengurusan Dana Profesional
Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.

2. Mempelbagai Peluang
Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.

3. Memudahkan Transaksi
Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.

4. Meminimakan Risiko
Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.

5. Kecairan
Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.

6. Potensi Pertumbuhan Modal
Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.

PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK

a. Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham
Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.

b. Pelaburan Unit Amanah dan Deposit di Bank
Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.